Monday 28 March 2011

sarapan baik utk minda


Sarapan pagi yang disediakan sendiri lebih berkhasiat berbanding membelinya. Bagi yang ingin melawan kesibukan pada waktu pagi, roti dan susu adalah pilihan ideal yang paling ringkas.


Perkembangan minda
Khasiat daripada sarapan telah terbukti memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan minda dan sahsiah manusia terutama bagi kanak-kanak.
Satu daripada kajian yang menyentuh isu tersebut ialah Relationship Between Hunger and Psychosocial Functioning in Low-Income American Children yang disiar dalam Journal of the American Academy of Child and Adolescent Psychiatry pada Februari 1998.
Ia membuktikan bahawa pelajar sekolah yang bersarapan setiap pagi mendapat keputusan yang lebih baik dalam ujian standard, bersikap lebih sopan dan kurang hiperaktif berbanding pelajar-pelajar yang tidak bersarapan.
Bagaimanapun, sarapan yang manis seperti bijirin yang bergula, penkek dan sirap maple biskut cip coklat perlu dielakkan kerana ia akan menyebabkan mereka cepat lapar, mudah meragam dan makan lebih banyak pada waktu tengah hari.
Sama seperti kanak-kanak, pelajar dan orang dewasa juga menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam akademik dan kerja jika mereka memulakan hari dengan bersarapan

2 comments:

  1. klu mkn pgi 6t ngntok ngeeee

    ReplyDelete
  2. jgn la mkn smpai kenyg menjilat kaki....just mkn utk alas perut yea,baru otak leh berpikir... :)

    ReplyDelete